TATAKELAKUAN (CODE OF CONDUCT)

 

Tatakelakuan untuk Persekutuan Pengakap Malaysia adalah perjanjian tentang peraturan tingkah laku, norma, dan tanggungjawab golongan dewasa yang terlibat dalam Pergerakan Pengakap di Malaysia. Dokumen ini adalah sejajar dengan misi, nilai dan prinsip pertubuhan, ianya juga selaras dengan piawaian tatakelakuan profesional berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap. Ini bertujuan untuk memastikan kualiti dan keselamatan aktiviti, acara, dan pendidikan tidak formal untuk golongan muda remaja.

Semua golongan dewasa di dalam pertubuhan ini adalah dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas berkenaan sama ada  secara langsung atau tidak langsung. Sehubungan itu, Tatakelakuan ini (dirujuk juga sebagai Kod Etika) akan berfungsi sebagai panduan dan rujukan kepada golongan dewasa  ke arah menggalakkan tingkah laku beretika, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk Pengakap, dan pelibatan berhemah daripada semua orang dewasa di dalam pergerakan ini. Adalah penting kepada semua ahli pertubuhan mengekalkan piawaian etika  yang tertinggi bagi Persekutuan Pengakap Malaysia. Harapan pertubuhan ini berasaskan kepada nilai-nilai utama WOSM dalam usaha meningkatkan reputasi dan program pertubuhan yang positif.








Catat Ulasan

0 Ulasan