PROSEDUR OPERASI STANDARD (S.O.P) UJIAN-UJIAN PENGAKAP REMAJA PASCA COVID-19

SELANGOR, 10 Julai 2021 - Jawatankuasa Lencana Negeri, Pesekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor yang bersidang pada 26, 27 dan 28 Jun 2021 selama 9 jam melalui aplikasi secara dalam talian telah bersetuju sebulat suara dalam mesyuaratnya meluluskan penggunaan dan pengedaran Prosedur Operasi Standard (S.O.P.) Ujian-ujian Pengakap Remaja Pasca COVID-19 terbitan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor.

Jawatankuasa Lencana Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk membantu pemimpin melaksana serta menguji ahli Pengakap Remaja untuk mendapatkan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja.

S.O.P. ini bertujuan untuk menyelaras pengujian dan penilaian lencana dengan lebih telus dan menepati kualiti dalam memenuhi Skim Latihan Pengakap Remaja dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Oleh yang demikian, penggunaan S.O.P ini BERKUATKUASA MULAI 10 JULAI 2021. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan pelaksaan dan penggunaan S.O.P. ini. Semoga usaha murni ini dapat memberi idea dalam melaksanakan program lencana kepada ahli Pengakap.





Prosedur Operasi Standard (S.O.P.) Ujian-ujian Pengakap Remaja Pasca COVID-19 ini adalah untuk edaran dalaman Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor sahaja dan telah didaftarkan di Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor pendaftaran eISBN 978-967-19971-1-6



Klik simbol di bawah untuk muat turun




Catat Ulasan

0 Ulasan