SKIM LENCANA PERKHIDMATAN (PENGAKAP REMAJA)




Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.

Lencana ini dipakai pada lengan kiri kemeja (uniform Pengakap) di tempat yang kelima.


Untuk lulus Lencana Perkhidmatan seseorang Pengakap Remaja itu melakukan satu ujian seperti berikut:


1. MENYERTAI KURSUS MENYELAMAT NYAWA
  • Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:

        a. Pertolongan Cemas
      • Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.

        b. Pemadam Api
      • Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

        c. Penyelamat Nyawa
      • Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)


2. KHIDMAT MASYARAKAT
      • Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan.
      • Contohnya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempar apabila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.


  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Laporan bergambar yang nampak jelas anda menyertai kursus menyelamat nyawa.
  4. Laporan isi kandungan kursus secara lengkap apa yang dipelajari.
  5. Laporan bergambar anda sedang melakukan aktiviti khidmat masyarakat.
  6. Kad khidmat masyarakat yang dicetak, dilekat dalam buku log dan mendapat pengesahan daripada pihak penerima perkhidmatan serta diperakui oleh Pemimpin Pengakap Remaja dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
  7. Anda juga boleh menyediakan laporan dalam bentuk video. tulis alamat pautan video tersebut dan boleh diakses.
  8. Lekatkan salinan sijil kursus daripada pilihan a, pilihan b atau pilihan c yang ada di dalam skim latihan di atas.
  9. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Klik pada gambar untuk muat turun kad Perkhidmatan 24 jam







Catat Ulasan

0 Ulasan