SKIM LENCANA KEGIATAN (PENGAKAP REMAJA)




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf tangan, pertanian, seni muzik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.

Lencana ini dipakai pada lengan kiri kemeja (uniform Pengakap) di tempat yang ketiga.



Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap Remaja itu perlu pilih dan lulus ujian seperti berikut:

  1. Pementasan
  2. Bertukang Kayu / Logam
  3. Tarian kebudayaan
  4. Kraf tangan / Kerja tangan
  5. Seni Mempertahankan Diri
  6. Muzik
  7. Urusetia
  8. Pertanian
  9. Komputer



  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Anda perlu pilih dan menyediakan laporan yang lengkap dengan gambar sedang mengambil salah satu daripada ujian seperti berikut:
      1. Pementasan
      2. Bertukang Kayu / Logam
      3. Tarian kebudayaan
      4. Kraftangan / Kerjatangan
      5. Seni Mempertahankan Diri
      6. Muzik
      7. Urusetia
      8. Pertanian
      9. Komputer
  4. Laporan bergambar tersebut mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5 segmen dari mula merancang sesusatu kegiatan, semasa pelaksanaan, semasa kegiatan selesai.
  5. Anda juga boleh menyediakan laporan dalam bentuk video. tulis alamat pautan video tersebut dan boleh diakses.
  6. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan