SKIM LENCANA JAYADIRI (PENGAKAP REMAJA)






Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan. Ahli Pengakap Remaja perlu mempunyai maklumat berdasarkan kepada info terkini semasa lencana ini di uji.
Lencana ini dipakai pada lengan kiri kemeja (uniform Pengakap) di tempat yang pertama.



Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap Remaja itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1. Menegetahui fungsi-fungsi Parlimen Malaysia;

  2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia, Jata Negara dan Lambang Negeri masing-masing (Negeri Selangor);

  3. Menerangkan fungsi satu daripada Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun atau Syarikat Berkaitan Kerjaan (GLC);

  4. Melukis peta negeri masing-masing (Negeri Selangor) dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama ahli Parlimen berkenaan.

  5. Mempunyai buku log Lencana Jayadiri mengikut maklumat terkini semasa ujian lencana diambil.




  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Catatkan sejarah Institusi Parlimen di Malaysia;
  4. Dapatkan fungsi, tugas, kelayakkan menjadi ahli dan siapa yang boleh menjadi ahli untuk:
      1. Dewan Negara; dan
      2. Dewan Rakyat.
  5. Lukis dan terangkan berkenaan bendera semua negeri dalam Malaysia;
  6. Lukis dan terangkan berkenaan Jata Negara;
  7. Lukis dan terangkan berkenaan Lambang Negeri Selangor;
  8. Dengan kaedah menemuduga, dapatkan maklumat berkenaan satu daripada Agensi Kerajaan atau badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan;
  9. Lukis peta Negeri Selangor dan tandakan kawasan Parlimen sekolah anda serta namakan Ahli Parlimen tersebut.



Catat Ulasan

0 Ulasan