SKIM LENCANA AHLI UDARA UTAMA (PENGAKAP MUDA UDARA)



Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui pengetahuan dalam perkara berhubung dengan teknikal pesawat, undang-undang udara, meteorologi dan perhubungan radio telefoni lanjutan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian, Lencana Usaha, Lencana Ahli Udara Kelas II dan Lencana Maju serta dua Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran Udara, satu Lencana Kepandaian Ketegori Pengetahuan Udara, dua Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan, dua Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan, satu Lencana Kepandaian Kategori Perkhidmatan Udara dan Lencana Jaya terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai di atas sebelah kiri saku pakaian seragam Pengakap.


Untuk lulus Lencana Ahli Udara Utama seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus ujian seperti berikut:

NAVIGASI

  1. Mengenali jenis-jenis cerapan carta dan peta yang digunakan dalam navigasi dan menerangkan simbol-simbol yang biasa digunakan.

  2. Menerangkan mengenai latitud dan longitud serta great circle, rhumb line dan istilah pemetaan yang lain.

  3. Menunjukkan arah mata angin azimut.

  4. Mengetahui dan menerangkan mengenai heading, track dan drift.

  5. Menerangkan tentang one-in-60 rule.

  6. Menerangkan maksud MSA, MEA, MAA dan Lowest Safety Altitude serta aras selamat yang lain.

  7. Menerangkan mengenai Koordinasi Waktu Dunia, UTC dan zon-zon waktu dunia.

METEOROLOGI LANJUTAN

  1. Menunjukkan komposisi udara.

  2. Melakarkan gambar rajah pembahagian atmosfera dan menerangkan bahagian-bahagiannya.

  3. Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan International Standard Atmosphere (ISA).

  4. Mengenali jenis-jenis awan dan menerangkan perbezaannya.

  5. Menjelaskan bagaimana awan yang berbagai jenis terbentuk.

FAKTOR MANUSIA DAN KESELAMATAN PENERBANGAN

  1. Menerangkan bahaya alkohol dan akibat buruk kepada aktiviti penerbangan.

  2. Mengenali dan menerangkan simptom-simpton hypoxia kaedah-kaedah meredakan kesan-kesannya.

  3. Membincangkan simptom-simptom hyperventilation dan kaedah rawatan awalnya.

PROSEDUR KESELAMATAN PENERBANGAN

  1. Mengetahui mengenai NOTAM dan menafsirkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya.

  2. Menunjukkan amalan keselamatan semasa berada di sekitar lapangan terbang, pesawat dan krew darat.

  3. Menerangkan kaedah-kaedah penggunaan alat-alat keselamatan yang lazimnya terdapat di sekitar lapangan terbang dan di dalam pesawat.




  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

NAVIGASI

  1. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan jenis-jenis cerapan carta dan peta yang digunakan dalam navigasi dan menerangkan simbol-simbol yang biasa digunakan.

  2. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan mengenai latitud dan longitud serta great circle, rhumb line dan istilah pemetaan yang lain.

  3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan arah mata angin azimut.

  4. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan mengenai heading, track dan drift.

  5. Terangkan tentang one-in-60 rule.

  6. Terangkan maksud MSA, MEA, MAA dan Lowest Safety Altitude serta aras selamat yang lain.

  7. Terangkan mengenai Koordinasi Waktu Dunia, UTC dan zon-zon waktu dunia.

METEOROLOGI LANJUTAN

  1. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan komposisi udara.

  2. Lakarkan gambar rajah pembahagian atmosfera dan menerangkan bahagian-bahagiannya.

  3. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan International Standard Atmosphere (ISA).

  4. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan jenis-jenis awan dan menerangkan perbezaannya.

  5. Terangkan bagaimana awan yang berbagai jenis terbentuk.

FAKTOR MANUSIA DAN KESELAMATAN PENERBANGAN

  1. Terangkan bahaya alkohol dan akibat buruk kepada aktiviti penerbangan.

  2. Terangkan simptom-simpton hypoxia kaedah-kaedah meredakan kesan-kesannya.

  3. Terangkan simptom-simptom hyperventilation dan kaedah rawatan awalnya.

PROSEDUR KESELAMATAN PENERBANGAN

  1. Terangkan mengenai NOTAM dan menafsirkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya.

  2. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan amalan keselamatan semasa berada di sekitar lapangan terbang, pesawat dan krew darat.

  3. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kaedah-kaedah penggunaan alat-alat keselamatan yang lazimnya terdapat di sekitar lapangan terbang dan di dalam pesawat.


SETELAH LULUS UJIAN LENCANA
  1. Lekatkan sijil sijil lencana dalam buku buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan