SKIM LENCANA AHLI UDARA KELAS I (PENGAKAP MUDA UDARA)




Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui pengetahuan dalam perkara berhubung dengan teknikal pesawat, undang-undang udara, meteorologi dan perhubungan radio telefoni lanjutan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian, Lencana Usaha, Lencana Ahli Udara Kelas II dan Lencana Maju serta dua Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran Udara terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai di atas sebelah kiri saku pakaian seragam Pengakap.



Untuk lulus Lencana Ahli Udara Kelas I seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus ujian seperti berikut:

TEKNIKAL PESAWAT

  1. Menunjukkan lampu-lampu isyarat dan navigasi yang terdapat pada pesawat dan menerangkan penggunaannya.

  2. Menerangkan instrumen utama dan alat radas asas yang dibawa di dalam pesawat terbang.

  3. Menyenaraikan alat-alat navigasi radio yang asas dan menerangkan penggunaannya.

  4.  Mengenali dan menerangkan jenis-jenis enjin pesawat yang berbeza iaitu enjin piston, jet dan turboprop.

UNDANG-UNDANG UDARA

  1. Memberi penerangan ringkas mengenai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta fungsi-fungsinya.

  2.  Memahami serta menerangkan istilah VFR, IFR dan Special VFR.

  3.  Menerangkan perbezaan jenis-jenis ruang udara, yang dikawal dan yang tidak dikawal.

  4.  Menjelaskan mengenai publikasi udara seperti AIP, AIC, MCAR dan sebagainya.

METEOROLOGI

  1. Menunjukkan unit-unit ukuran yang digunakan bagi penentuan cuaca penerbangan.

  2. Mengenali dan menerangkan jenis-jenis awan.

  3.  Membincangkan proses kejadian hujan.

  4.  Mengetahui dan menerangkan istilah-istilah cuaca yang selalu digunakan seperti CB, rain, drizzle, shower, TS dan sebagainya.

RADIO TELEFONI LANJUTAN

  1. Menerangkan maksud clearance, readback, request, callsign, affirm, negative, roger.

  2.  Melakonkan satu perbualan radio di antara stesen pesawat dan stesen daratan.




  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

TEKNIKAL PESAWAT

  1. Dengan menggunakan gambar rajah tunjukkan lampu-lampu isyarat dan navigasi yang terdapat pada pesawat dan terangkan penggunaannya.

  2. Dengan menggunakan gambar rajah terangkan instrumen utama dan alat radas asas yang dibawa di dalam pesawat terbang.

  3. Senaraikan alat-alat navigasi radio yang asas dan menerangkan penggunaannya dengan bantuan gambar rajah.

  4.  Dengan menggunakan gambar rajah terangkan jenis-jenis enjin pesawat yang berbeza iaitu enjin piston, jet dan turboprop.

UNDANG-UNDANG UDARA

  1. Terangan ringkas mengenai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta fungsi-fungsinya.

  2.  Terangkan istilah VFR, IFR dan Special VFR.

  3.  Terangkan perbezaan jenis-jenis ruang udara, yang dikawal dan yang tidak dikawal.

  4.  Terangkan mengenai publikasi udara seperti AIP, AIC, MCAR dan sebagainya.

METEOROLOGI

  1. Terangkan unit-unit ukuran yang digunakan bagi penentuan cuaca penerbangan dengan bantuan gambar rajah.

  2. Terangkan jenis-jenis awan dengan bantuan gambar rajah.

  3.  Terangkan berkenaan proses kejadian hujan.

  4.  Terangkan istilah-istilah cuaca yang selalu digunakan seperti CB, rain, drizzle, shower, TS dan sebagainya.

RADIO TELEFONI LANJUTAN

  1. Terangkan maksud clearance, readback, request, callsign, affirm, negative, roger.

  2.  Rekodkan Laporan bergambar anda sedang melakukan satu perbualan radio di antara stesen pesawat dan stesen daratan.

DOKUMENTASI VIDEO

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA

  1. Lekatkan salinan sijil dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan