UJIAN LENCANA SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) PPM NEGERI SELANGOR

SEMENYIH, 5 September 2020 - Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Kali Ke-2/2020 telah diadakan di Kem Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Nor Hashim Bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.
Mesyuarat ini diadakan buat julung kali selepas musim Covid-19 bagi membincangkan perancangan aktiviti tahunan semasa pasca pandemik yang dapat dilakukan oleh ahli Pengakap Negeri Selangor.
Tuan Haji Nor Hashim telah melancarkan dan merasmikan Panduan Ujian Lencana dan Penilaian Anugerah Rambu Secara Atas Talian (Online) bagi PPM Negeri Selangor. Panduan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan program yang atas talian bagi mewujudkan situasi pembelajaran dalam norma baharu dalam tempoh pendemik ini.
Secara langsung panduan ini dapat mengekalkan graf penganugerahan lencana walaupun aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan secara bersemuka di sekolah.
Dalam mesyuarat kali ini berlangsung juga Istiadat Pengalungan Manikayu 2 butir Pemimpin-Pemimpin Pengakap Negeri Selangor. Seramai 66 orang penerima yang hadir dari semua daerah menerima pengalungan manikayu ini bagi unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
Mesyuarat dihadiri oleh semua barisan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.


Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Pengakap Selangor



Catat Ulasan

0 Ulasan