SKIM LENCANA WAJIB PENUNGGANG BASIKAL (PENGAKAP KANAK-KANAK)

 



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 


Untuk lulus Lencana Penunggang Basikal seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut: 

  1. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal

  2. Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal

  3. Menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal

  4. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

  5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.

  6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.


  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal

  4. Nyatakan 10 peraturan semasa menunggang basikal.

  5. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.

  6. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

  7. Gambar menjaga basikal seperti membaiki kerosakkan kecil dan menjaga kebersihannya.

  8. Gambar menunggang basikal 

  9. Peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.

  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  11. Setelah lulus lencana lekatkan salinan sijil lulus lencana dalam buku log.








Catat Ulasan

0 Ulasan