SKIM LENCANA WAJIB AHLI RENANG (PENGAKAP KANAK-KANAK)



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 


Untuk lulus Lencana Ahli Renang seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut: 

  1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)

  2. Menunjukkan cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU

  3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori)

  4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori)

  5. berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam pengakap kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang)

  6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa.  Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama

  7. Mengetahui cara mengendalikan jaket keselamatan di air.




  1. Maklumat diri                      

  2. Ahli 6 Sekawan

  3. Pengenalan peralatan renang

  4. Ciri-ciri Keselamatan diri semasa berenang

  5. Kemahiran asas dalam air

  6. Kemahiran asas dalam air renang

  7. Gambar cara mengendalikan jaket keselamatan

  8. Gambar teknik renang

  9. Gambar berenang gaya kupu-kupu

  10. Gambar berenang gaya bebas

  11. Gambar berenang gaya punggunG.

  12. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  13. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lulus lencana dalam buku log.

  14. Lekatkan salinan sijil kursus renang dengan mana-mana agensi bertauliah dan diiktiraf.






Catat Ulasan

0 Ulasan