


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya.

Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
- Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam; 
- Mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara (hike tent); 
- Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulungkan sebuah khemah patrol; 
- Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan; 
- Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan; 
- Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster; 
- Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gajet lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan; 
- Memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sayur-sayuran; dan 
- Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan paling tinggi. 

- Maklumat diri 
- 8-10 orang ahli patrolnya 
- Laporan bergambar yang mengandungi jelas muka anda berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam; 
- Gambar anda mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara (hike tent); 
- Nota berkenaan perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan; 
- Nota prinsip berkenaan prinsip kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan; 
- Gambar anda sendiri menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster; 
- Gambar anda sendiri menunjukkan cara menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gajet lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan; 
- Laporan dan gambar anda sendiri sedang memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sayur-sayuran; dan 
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan. 
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda. 
 
 

 
0 Ulasan