SKIM LENCANA TUKANG MASAK (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam menyediakan bahan dan memasak hidangan untuk tetamu dengan pelbagai jenis masakan seperti kari daging, manisan, bubur kacang, sup dan sebagainya.


Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengetahui terma masakan umum seperti tumis, cincang, parut, seram kuku, manis-manis buah dan sebagainya;
  2. Menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut:-
      1. Telur goreng;
      2. Pisang goreng;
      3. Bubur kacang;
      4. Sambal tumis;
      5. Sup;
      6. Masak kicap;
      7. Asam pedas; atau
      8. Sayur campur.
  3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang tetamu masakan di bawah ini :
      1. Nasi putih.
      2. Kari daging
      3. Sejenis masakan daripada sayur.
      4. Manisan.
      5. Kopi atau teh.
  4. Mengetahui prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging ayam, sebelum dan selepas dimasak.

  1. Maklumat diri;
  2. 8-10 orang ahli patrolnya;
  3. Menerangkan dalam buku log anda terma masakan umum seperti tumis, cincang, parut, seram kuku, manis-manis buah dan sebagainya;
  4. Laporan dan gambar anda menyediakan bahan dan memasak dua jenis makanan daripada senarai berikut:-
      1. Telur goreng;
      2. Pisang goreng;
      3. Bubur kacang;
      4. Sambal tumis;
      5. Sup;
      6. Masak kicap;
      7. Asam pedas; atau
      8. Sayur campur.
  5. Laporan dan gambar anda memasak dan menghidangkan dengan sempurna untuk dua hingga empat orang tetamu masakan di bawah ini :
      1. Nasi putih.
      2. Kari daging
      3. Sejenis masakan daripada sayur.
      4. Manisan.
      5. Kopi atau teh.
  6. Menerangkan dalam buku log anda prinsip memotong dan menghiris daging lembu / kambing dan daging ayam, sebelum dan selepas dimasak, sila sertakan gambar anda; dan
  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan