SKIM LENCANA SETIAUSAHA (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Setiausaha dengan memahami pelbagai tugas kesetiausahaan seperti menulis minit mesyuarat, membuat urusan dengan pihak berkenaan dan menyediakan laporan sesuatu program.


Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengetahui peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap di peringkat Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan dan boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Kumpulan Pengakap.
  2. Di hadapan Penilai :-
      1. Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan; ATAU
      2. Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan (jika ada); menunjukkan cara membersihkan mesin taip dan menggantikan riben mesin taip atau mesin mencetak.
  3. Mengetahui peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan aturcara dan minit mesyuarat itu.
  4. Mengetahui hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan perbelanjaan bagi Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam bank.
  5. Menulis sepucuk surat atas tajuk diberikan oleh Penilai; membuat draf kad jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol.
  6. Mengetahui urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai bayaran kiriman pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, pos laju dan perkhidmatan pengiriman ke luar negeri.
  7. Menyediakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara kumpulan atau menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan atau Daerah.
  8. Mengendalikan pengurusan fail.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Menerangkan dalam buku log berkenaan peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap di peringkat Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan dan boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Kumpulan Pengakap.
  4. Menulis laporan berkenaan :-
      1. Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan; ATAU
      2. Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan (jika ada); menunjukkan cara membersihkan mesin taip dan menggantikan riben mesin taip atau mesin mencetak.
  5. Menerangkan dalam buku log berkenaan peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan aturcara dan minit mesyuarat itu.
  6. Menerangkan dalam buku log berkenaan hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan perbelanjaan bagi Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam bank.
  7. Laporan dan gambar anda menulis sepucuk surat atas tajuk diberikan oleh Penilai; membuat draf kad jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol.
  8. Laporan dan gambar anda melakukan urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai bayaran kiriman pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, pos laju dan perkhidmatan pengiriman ke luar negeri.
  9. Laporan dan gambar anda menyediakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara kumpulan atau menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan atau Daerah.
  10. Laporan dan gambar anda mengendalikan pengurusan fail; dan
  11. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  12. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan