SKIM LENCANA PERTOLONGAN CEMAS (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP KANAK-KANAK




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membalut anduh. 



Untuk lulus Lencana Pertolongan Cemas seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1. Mengetahui isi kandungan dan cara menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas;

  2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan dari orang dewasa yang berpengalaman;

  3. Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock);

  4. Menunjukkan bagaimana cara memberhentikan darah keluar dari hidung;

  5. Mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar dari badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-kanak hendaklah menunjukkan cara penahanan darah keluar dari bahagian arteri peha, lengan, selangka, leher, muka, belakang dan kepala;

  6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui cara menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut segi tiga atau balutan anduh;

  7. Menunjukkan cara merawat pesakit dalam hal memberi kerehatan, keselesaan dan keriangan;

  8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kilut yang terbakar atau melecur;

  9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain daripada gigitan ular, kala jengking dan semburan racun;

  10. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik;

  11. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan seperti memanggil Polis, Bomba, Ambulan dengan jelas dan betul serta tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan atau lain-lain kecemasan pelanggaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.





  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Menerangkan isi kandungan peti pertolongan cemas dan menerangkan kegunaan setiap alatan atau ubatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas anda;

  4. Menerangkan keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan dari orang dewasa yang berpengalaman;

  5. Menerangkan cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock);

  6. Gambar anda menunjukkan bagaimana cara memberhentikan darah keluar dari hidung;

  7. Melukis gambar rajah anggota badan dan menunjukkan 5 tempat nadi terpenting pada anggota badan;

  8. Gambar anda  menunjukkan cara penahanan darah keluar dari bahagian arteri peha, lengan, selangka, leher, muka, belakang dan kepala;

  9. Gambar anda menunjukkan cara merawat pesakit dalam hal memberi kerehatan, keselesaan dan keriangan;

  10. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kilut yang terbakar atau melecur;

  11. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain daripada gigitan ular, kala jengking dan semburan racun;

  12. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik;

  13. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan; dan

  14. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  15. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan