SKIM LENCANA PENGEMBARA (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengembara seperti berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit, mengetahui persediaan dan langkah-langkah keselamatan semasa mengembara dan melakukan aktiviti pengembaraan bersama sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta.



Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersama-sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke suatu tempat yang belum pernah dilawati dengan membawa alatan dan bekalan yang cukup.

  2. Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan dengan rapi.

  3. Merancangkan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan membuat peta mengandungi semua jalan kampung dan taliair dalam lingkungan dua kilometar daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu kepada Penilai bagi kelulusannya selepas itu menjalankan pengembaraan itu seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain.

  4. Mengembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpandukan kepada kompas dan peta sahaja.



  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Laporan lengkap dan gambar anda bersama rakan mengembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersama-sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke suatu tempat yang belum pernah dilawati dengan membawa alatan dan bekalan yang cukup;

  4. Menerangkan dalam buku log berkenaan persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan dengan rapi;

  5. Rancangan satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan membuat peta mengandungi semua jalan kampung dan taliair dalam lingkungan dua kilometar daripada satu tanda;

  6. Laporan lengkap dan gambar anda bersama rakan mengembara sejauh 10 km dengan berpandukan kepada kompas dan peta sahaja;

  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan

  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan