SKIM LENCANA PENGAIL (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam peraturan keselamatan dalam air, tindakan yang perlu di ambil sebelum mengharunginya, mengail di pelbagai jenis air seperti laut, sungai, kolam dengan mempunyai rekod selama 3 bulan.



Untuk lulus Lencana Pengail seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian dengan mempunyai rekod selama 3 bulan seperti berikut:
  1. Anda dikehendaki menerangkan tentang:
      1. Peraturan keselamatan dalam air;
      2. Memahami bahaya air;
      3. Mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sebelum mengharunginya.
  2. Mengail di air tawar atau air masin sekurang-kurangnya 6 kali dalam tempoh 3 bulan dengan menyimpan buku rekod:
      1. Jumlah tangkapan ikan;
      2. Jenis ikan yang ditangkap;
      3. Anggaran ukuran ikan yang ditangkap;
      4. Berat ikan yang ditangkap;
      5. Cara penangkapan ikan dibuat;
      6. Jenis umpan yang digunakan;
      7. Keadaan cuaca semasa penangkapan dibuat.
  3. Mengenali 12 jenis ikan tempatan yang direkodkan di dalam buku log.
  4. Menunjukkan dan menerangkan cara untuk melempar, membaling dan melabuhkan mata kail. Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan anda.
  5. Mengenali sekurang-kurangnya 6 jenis alat mengail seperti joran, batu ladung, takul, tali kail, mata kail dan lain-lain.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Penerangan berkenaan:
      1. Peraturan keselamatan dalam air;
      2. Memahami bahaya air;
      3. Mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sebelum mengharunginya.
  4. Laporan dengan lengkap gambar anda mengail di air tawar atau air masin sekurang-kurangnya 6 kali dalam tempoh 3 bulan dengan menyimpan rekod seperti berikut dalam buku log anda:
      1. Gambar anda bersama ikan hasil tangkapan anda;
      2. Jumlah tangkapan ikan;
      3. Jenis ikan yang ditangkap;
      4. Anggaran ukuran ikan yang ditangkap;
      5. Berat ikan yang ditangkap;
      6. Cara penangkapan ikan dibuat;
      7. Jenis umpan yang digunakan;
      8. Keadaan cuaca semasa penangkapan dibuat.
  5. Gambar dan nama 12 jenis ikan tempatan yang direkodkan di dalam buku log.
  6. Gambar anda menunjuk dan menerangkan cara untuk melempar, membaling dan melabuhkan mata kail. Anda juga dikehendaki mengambil gambar foto untuk setiap pergerakan anda.
  7. Gambar dan penerangan sekurang-kurangnya 6 jenis alat mengail seperti joran, batu ladung, takul, tali kail, mata kail dan lain-lain;
  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan