SKIM LENCANA PEMELIHARA (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan bersama ahli masyararakat berkenaan koservasi dan pemuliharaan alam semulajadi dan membuat kajian tempatan perkara berkenaan.


Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengetahui perkara-perkara berikut:
      1. Mengetahui tujuan pemeliharaan termasuk usaha yang sedang dijalankan oleh pertubuhan pemeliharaan di negara ini.
      2. Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis.
      3. Membandingkan akibat terlampau banyak hujan dengan akibat kemarau yang berpanjangan.
  2. Mengetahui sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya; menerangkan cara hendak mengawal pencemaran itu;
  3. Mengetahui bagaimana tumbuhan, binatang dan manusia ada hubungan di antara satu sama lain.
  4. Memberi empat contoh, dua daripadanya dalam kawasan Pengakap itu sendiri, bagaimana alam semulajadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana dengan cara pemeliharaan, kerosakkan dan kemusnahan boleh dielakkan atau di cegah.
  5. Membuat 1 kajian berkenaan:
      1. Membuat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan, satu daripadanya kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklahmengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan dan boleh dibuat pada hujung minggu.
      2. Dengan menggunakan lukisan, menerangkan hasil kaijan berikut dengan Penilai.

 i. Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.

ii. Penilaian penggunaan tanah dari segi kemudahan dan hiburan.

iii. Pemeliharaan hidupan liar : binatang/ tumbuhan.

iv. Perselisihan di antara berbagai-bagai pengguna.

Ingatan: Kajian ini boleh dibuat seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain yang juga mengambil ujian yang serupa dengan syarat laporannya berasingan.

  1. Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sehari.

  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya;
  3. Laporan dan penerangan berkenaan perkara-perkara berikut:
      1. Mengetahui tujuan pemeliharaan termasuk usaha yang sedang dijalankan oleh pertubuhan pemeliharaan di negara ini.
      2. Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis.
      3. Membandingkan akibat terlampau banyak hujan dengan akibat kemarau yang berpanjangan.
  4. Laporan bergambar sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya; menerangkan cara hendak mengawal pencemaran itu;
  5. Laporan bergambar bagaimana tumbuhan, binatang dan manusia ada hubungan di antara satu sama lain.
  6. Memberi empat contoh dalam bentuk laporan dan gambar, dua daripadanya dalam kawasan Pengakap itu sendiri, bagaimana alam semulajadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana dengan cara pemeliharaan, kerosakkan dan kemusnahan boleh dielakkan atau di cegah.
  7. Laporan bergambar 1 kajian berkenaan:
      1. Membuat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan, satu daripadanya kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklahmengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan dan boleh dibuat pada hujung minggu.
      2. Dengan menggunakan lukisan, menerangkan hasil kaijan berikut dengan Penilai.

 i. Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.

ii. Penilaian penggunaan tanah dari segi kemudahan dan hiburan.

iii. Pemeliharaan hidupan liar : binatang/ tumbuhan.

iv. Perselisihan di antara berbagai-bagai pengguna.

Ingatan: Kajian ini boleh dibuat seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain yang juga mengambil ujian yang serupa dengan syarat laporannya berasingan.

  1. Laporan bergambar yang jelas kelihatan gambar anda mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sehari.; dan

  2. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  3. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan