SKIM LENCANA PEMELIHARA ALAM SEKITAR (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK



Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. 


Pilih 3 sahaja daripada senarai di bawah:

  1. Menyatakan dengan bantuan gambar rajah, apakah yang dikatakan dengan:
      1. “Alam Sekitar”;
      2. “Kitaran Oksigen”; atau
      3. “Kitaran Air”.
  2. Lukiskan beberapa gambar rajah tentang bagaimana cahaya, air, udara, mineral (galian), tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan kepada manusia;
  3. Merancang keluar mengembara ke satu kawasan lapang bersama sekawan:
      1. Senaraikan nama benda-benda yang ditemui (haiwan, tumbuhan, benda-benda hidup);
      2. 8 jenis binatang yang ditemui dan kelaskan (Mamalia, Reptilia, Burung aau Unggas); dan
      3. Tulis maklumat mengenai pokok-pokok yang ditemui.
  4. Menerangkan kejadian hujan, menunjukkan carta cuaca untuk tempoh 2 minggu dan terangkan apakah kesannya terhadap alam sekitar;
  5. Menerangkan sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar atau majalah atau internet mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar;
  6. Menyediakan buku skrap mengenai SATU perkara berikut dan nyatakan punca menyebabkan pencemaran:
      1. Pembuangan bahan sisa kilang;
      2. Pembuangan sampah sarap;
      3. Pembuangan bangkai; atau
      4. Pembuangan atau tumpahan minyak.
  7. Mengambil bahagian dalam SATU aktiviti berikut:
      1. Memberi perkhidmatan sukarela memelihara alam sekitar seperti membersihkan kawasan sekolah, taman rekreasi kanak-kanak, kawasan perumahan; atau
      2. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan rumah sendiri atau kawasan sekolah.


  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Penerangan dengan bantuan gambar rajah maksud "alam sekitar" atau "kitaran oksigen" atau "kitaran air";

  4. Melukis beberapa gambar rajah tentang bagaimana cahaya, air, udara, mineral (galian), tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan kepada manusia;

  5. Menyenaraikan benda-benda hidup (haiwan, tumbuhan, benda-benda hidup) dan mengklasifikasikan 8 jenis binatang ke dalam kelasnya (Mamalia, Reptilia, Burung aau Unggas);

  6. Gambar-gambar dan laporan ringkas berkenaan perkhidmatan sukarela memelihara alam sekitar seperti membersihkan kawasan sekolah atau taman rekreasi kanak-kanak atau kawasan perumahan;

  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



 


Catat Ulasan

0 Ulasan