SKIM LENCANA PEMBACA PETA (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan tahu menggunakan kompas.



Pilih 3 sahaja daripada senarai di bawah:

  1. Penentuan arah mata angin:
      1. Melukis mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah mata angin berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam; atau
      2. Melukis mata angin 16 pecahan menunjukkan arah mata angin utama yang terdapat dalam kompas;
  2. Melukis petunjuk peta dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta
      1. Jalanraya dan jambatan;
      2. Jalan keretapi;
      3. Bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong dan kuil);
      4. Sungai dan tali air; serta
      5. Tumbuhan (nanas, getah, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan)
  3. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman, sungai dan lain-lain;
  4. Mencari sudut bearing: Melukis dengan menggunakan alat geometri (sudut 075°, sudut 025°, sudut 120° dan sudut 245°)
  5. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran dan membuat lakaran peta perjalanan berkenaan.



  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Melukis 8 arah mata angin dan 16 arah mata angin dan menerangkan arah mata angin berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam;

  4. Menerangkan secara ringkas penggunaan kompas;

  5. Melukis petunjuk peta;

  6. Melukis peta lakaran dari sekolah  ke rumah anda, peta lakaran tersebut mengandungi simbol-simbol peta;

  7. Laporan perjalanan 5 km berserta peta lakaran perjalanan tersebut.

  8. Menerangkan bagaimana cara menggunakan jangka sudut (protactor) untuk mencari bearing;

  9. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  10. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan