SKIM LENCANA PELUKIS (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang seni lukis diri seperti membuat lakaran dan lukisan bertemakan alam semulajadi, pemandangan dan mengetahui kaedah mewarna di atas pelbagai jenis objek.



Untuk lulus Lencana Pelukis seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1.  Melukis satu permandangan dari sebuah cerita yang dipilih oleh penilai;

  2. Melukis rupa seseorang manusia yang wajahnya bengis, tersenyum atau sedih;

  3. Melukis satu pemandangan keindahan alam semulajadi yang ditentukan oleh penilai;

  4. Melukis poster gambar simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya;

  5. Melukis gambar perkhemahan (layout) yang ideal;

  6. Melukis lambang Pengakap pada apa jua bahan seperti kadbod, papan lapis, “polystrene’ dan sebagainya; dan

  7. Mengumpul berbagai lukisan dari keratan akhbar dan majalah untuk dijadikan rujukan dan panduan.


(BUKU LOG BOLEH DISEDIAKAN MENGGUNAKAN BUKU KERTAS LUKISAN 'DRAWING BLOCK')

  1.  Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Melukis satu permandangan dari sebuah cerita yang dipilih oleh penilai;

  4. Melukis rupa seseorang manusia yang wajahnya bengis, tersenyum atau sedih;

  5. Melukis satu pemandangan keindahan alam semulajadi yang ditentukan oleh penilai;

  6. Melukis poster gambar simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya;

  7. Melukis gambar perkhemahan (layout) yang ideal;

  8. Melukis lambang Pengakap pada apa jua bahan seperti kadbod, papan lapis, “polystrene’ dan sebagainya; dan

  9. Mengumpul berbagai lukisan dari keratan akhbar dan majalah untuk dijadikan rujukan dan panduan;

  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan

  11. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan