SKIM LENCANA PELIHAT (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis objek dalam permainan Kim, mengenali pelbagai jenis tapak kaki binatang, burung dan melakukan aktiviti menjejajak di suatu kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 km.

Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Dalam Permainan Kim, mengingati 20 daripada 25 jenis benda yang berlainan selepas melihatnya selama satu minit. Ujian itu hendaklah dibuat dua kali berturut-turut dan setiap jenis benda hendaklah dinyatakan dengan jelas;

  2. Mengenali 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja;

  3. Membuat laporan lisan kurang daripada satu minít berkenaan dengan satu kejadian yang dilakonkan melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu, mestilah mengandungi kenyataan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang tiga itu yang dipilih oleh Penilai;

  4. Membuat enam acuan plaster jejak burung, binatang (dua daripadanya hendaklah mengenai burung atau binatang liar) dan kesan-kesan tayar motokar atau basikal. Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan meletakkan label tarikh dan tempat spesimen diambilnya dengan betul dan terang; dan

  5. Mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 kilometer yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan lain-lain.



  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya;

  3. Laporan dan gambar anda bermain Permainan Kim;

  4. Laporan 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja.

  5. Membuat laporan berkenaan cerita berangkai untuk satu kejadian yang dilakonkan melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu, mestilah mengandungi kenyataan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang tiga itu yang dipilih oleh Penilai.

  6. Laporan dan gambar anda membuat enam acuan plaster jejak burung, binatang (dua daripadanya hendaklah mengenai burung atau binatang liar) dan kesan-kesan tayar motokar atau basikal. Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan meletakkan label tarikh dan tempat spesimen diambilnya dengan betul dan terang.

  7. Laporan dan gambar anda mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah anda lalui sejauh 1.5 kilometer yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan lain-lain;

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan

  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan