SKIM LENCANA KOLEKSI HOBI (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP KANAK-KANAK

 



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah memungut, dan mengumpul sebanyak 15 jenis benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.


Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya; menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu adalah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya).

Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik satu jenis barang seperti berikut:-
  1. Mengumpul Setem
  2. Mengambil gambar berbagai tumbuhan, bunga, haiwan, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.
  3. Mengumpul sampul surat keluaran khas
  4. Mengumpul pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan
  5. Mengumpul pelbagai jenis batu batan
  6. Mengumpul pelbagai bentuk botol dan penutup botol
  7. Menyimpan pelbagai mata wang asing sama ada kertas atau syiling
  8. Mengumpul kotak mancis pelbagai logo
  9. Mengumpul rantai kunci (keychain)
  10. Mengumpul lencana-lencana Pengakap seperti lencana jambori, korobori dan sebagainya.



  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Gambar-gambar anda bersama koleksi hobi anda;

  4. Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi sumber-sumber bagi melengkapkan koleksi hobi anda;

  5. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  6. Setelah lulus lencana lekatkan salinan sijil lencana ke dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan