



Untuk lulus Lencana Ahli Koleksi Hobi seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:
- Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik satu jenis barang dalam tempoh yang tidak kurang daripada 6 bulan, seperti berikut:-
- Setem;
- Kotak mancis;
- Duit syiling;
- Cengkerang;
- Penutup botol dan lain-lain;
- Mengetahui serba sedikit berkenaan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul;
- Mengumpul/menyimpan 4 barang Pengakap berikut:-
- Skaf Pengakap;
- Lencana Pengakap (kain/logam)
- Wogel;
- Topi (peak cap);
- Tali pinggang;
- Kemeja-T;
- Sampul Surat Hari Pertama Jambori;
- Majalah Pengakap.

- Maklumat diri 
- 8-10 orang ahli patrolnya 
- Gambar-gambar anda bersama koleksi hobi anda; 
- Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi sumber-sumber bagi melengkapkan koleksi hobi anda; 
- Gambar-gambar anda bersama koleksi 4 barangan Pengakap anda; 
- Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi barangan Pengakap tersebut; 
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan 
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda. 
 
 

 
0 Ulasan