SKIM LENCANA KERIS GANGSA (PENGAKAP KANAK-KANAK)




Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu mestilah lulus Lencana Keahlian dan satu Lencana Wajib terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja (uniform Pengakap).


Untuk lulus Lencana Keris Gangsa seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:

BAHAGIAN KESETIAAN

  1. Menyanyi lagu 'Negaraku' dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan

  2. Mengenal Bendera Malaysia & Negeri masing-masing

  3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak

  4. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia

  5. Mengetahui nama penuh Kuasa penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya

  6. Mengetahui agama di Malaysia serta tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

BAHAGIAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

  1. Mengetahui kepentingan kesihatan & kebersihan diri 

  2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali

  3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam

  4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.

  5. Mengetahui bagaimana mendapatkan bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan, mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor, Klinik Kesihatan, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran

  6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.

 BAHAGIAN KECEKAPAN

  1. Mengetahui latihan Asas kawad kaki.

  2. Mengetahui cara Memanjat tali (tinggi tali tidak lebih 3 meter)

  3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukkan bantuan seperti; perhentian bas, keretapi, teksi, Balai Bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain.

  4. Mengetahui cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakap dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri

  5. Isyarat-isyarat pengakap

  6. Simpulan mengikat Simpul Buku Sila & kegunaannya

BAHAGIAN PENYERTAAN

  1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam tempatan, menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekurang-kurangnya TIGA buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin pengakapnya

  2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang

  3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

  1. Membantu ibubapa di rumah serta pengesahan dan perakuan dalam buku log

  2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log).



  1. Maklumat diri;

  2. Ahli 6 Sekawan;

  3. Lirik Lagu Negaraku;

  4. Lukisan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor;

  5. Lukisan Lambang Pengakap Sedunia dan Pengakap Malaysia;

  6. Nama Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin;

  7. Gambar rumah-rumah ibadat di Malaysia;

  8. Kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan diri dan bahaya menelan pil atau menerima gula-gula daripada orang yang tidak dikenali;

  9. Bahaya bermain benda-benda tajam dan alat yang mengandungi bahan letupan;

  10. Bagaimana cara mendapatkan pertolongan bagi kes-kes kecemasan;

  11. Undang-undang lalu lintas;

  12. Gambar anda membuat latihan asas kawad kaki;

  13. Gambar anda memanjat tali;

  14. Gambar peraturan memakai lencana pada uniform;

  15. Gambar isyarat-isyarat Pengakap;

  16. Ikatan Buku Sila dengan menggunakan tali parcel menunjukkan langkah-langkah membuat ikatan dan nyatakan kegunaannya;

  17. Kepilkan salinan rekod buku nilam yang menunjukkan anda telah membaca 3 buah buku;

  18. Gambar anda mencipta mainan rekaan sendiri daripada barangan terbuang;

  19. Gambar anda melakukan pertunjukkan pentas seperti nyanyian, lakonan, mendeklamasi sajak dan sebagainya;

  20. Gambar anda melakukan aktiviti membersih rumah;

  21. Gambar anda membantu guru menceriakan sekolah.

  22. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  23. Setelah lulus lencana ini. Lekatkan salinan sijil lencana ke dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan