SKIM LENCANA JURUMASAK DI KHEMAH (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam memasak di khemah dengan menunjukkan kemahiran memasak dan menghidangkan pelbagai jenis masakan seperti ikan panggang, bubur, nasi, manisan dan sebagainya.



Untuk lulus Lencana Ahli Jurumasak di Khemah seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:
  1. Memasak DUA jenis makanan;
  2. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut :
      1. Ikan panggang; atau
      2. Roti berlauk; atau
      3. Bubur.
  3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut :
      1. Mee rebus / goreng; atau
      2. Ayam / daging masak panggang atau salai; atau
      3. Masakan biasa
  4. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut :
      1. Sejenis makanan manis; atau
      2. Halua buah-buahan; atau
      3. Gula-gula manisan; atau
      4. Lengkong; atau
      5. Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.
  5. Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Laporan bergambar anda sedang memasak DUA jenis makanan;
  4. Laporan bergambar anda sedang memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:
      1. Ikan panggang; atau
      2. Roti berlauk; atau
      3. Bubur.
  5. Laporan bergambar anda sedang memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:
      1. Mee rebus / goreng; atau
      2. Ayam / daging masak panggang atau salai; atau
      3. Masakan biasa
  6. Laporan bergambar anda sedang memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:
      1. Sejenis makanan manis; atau
      2. Halua buah-buahan; atau
      3. Gula-gula manisan; atau
      4. Lengkong; atau
      5. Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.
  7. Laporan bergambar anda sedang menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang; 
  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
  9. Setelah lulus lencana. lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan