SKIM LENCANA JURUBAHASA (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul, menulis satu karangan dengan menggunakan bahasa-bahasa tersebut.


Lulus ujian berikut dalam bahasa lain daripada bahasa ibunda:

  1. Berceramah dengan Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-kurangnya 5 minit.
  2. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang diberi oleh Penilai.
  3. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan. (Pengakap diberi masa selama 10 minit untuk membaca senyap petikan tersebut).
  4. Anda perlu:-
      1. Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
      2. Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau  pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan.
            ATAU
      1. Berkirim-kiriman surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada enam bulan dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Laporan dan gambar anda memberi ceramah kepada ahli Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-kurangnya 5 minit.
  4. Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang diberi oleh Penilai.
  5. Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan. (Pengakap diberi masa selama 10 minit untuk membaca senyap petikan tersebut).
  6. Laporan dan gambar anda:-
      1. Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
      2. Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau  pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan.
            ATAU
      1. Berkirim-kiriman surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada enam bulan dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.
  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  2. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan