


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkat-peringkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-tumbuhan tersebut.

Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
- Mengenali 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan; 
- Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga; 
- Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan mengetahui mengahwin/mencantum pokok; 
- Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenaan dengan menggunakan dan menyimpan kapak; 
- Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya dengan kemas potongan itu; dan 
- Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan/ Hutan Lipur. 

- Maklumat diri 
- 8-10 orang ahli patrolnya; 
- Menyenaraikan dan lekatkan gambar 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan; 
- Menerangkan dengan bukti bergambar menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga; 
- Laporan dan gambar anda menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan mengetahui mengahwin/mencantum pokok; 
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara-cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenaan dengan menggunakan dan menyimpan kapak; 
- Laporan dan gambar anda menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya dengan kemas potongan itu; 
- Laporan dan gambar anda membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan/ Hutan Lipur; 
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan 
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda. 
 
 

 
0 Ulasan