SKIM LENCANA AHLI PASUKAN PERMAINAN (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, bola baling, hoki, pingpong, permainan dalaman dan sebagainya dan mewakili di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang permainan yang disertai.


Contoh ujian yang perlu dijalankan :

  1. Mengetahui undang-undang dan peraturan satu jenis permainan seperti berikut:
      1. Bola sepak;
      2. Bola tampar;
      3. Badminton;
      4. Roundres;
      5. Hoki;
      6. Sepak takraw;
      7. Ping Pong;
      8. Bola baling; atau
      9. Bola jaring.
  2. Membuktikan bahawa Pengakap boleh bermain sekurang-kurangnya 2 permainan berpasukan;
  3. Menunjukkan yang Pengakap itu terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan;
  4. Menyetahui cara menjaga, membersih dan menyimpan alat permainan tersebut;
  5. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.


  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Menerangkan undang-undang dan peraturan mengenai satu jenis permainan;

  4. Gambar yang boleh membuktikan bahawa anda boleh bermain sekurang-kurangnya 2 permainan berpasukan;

  5. Gambar anda terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan;

  6. Gambar dan penerangan cara menjaga alat permainan (membersih dan menyimpan alat permainan.

  7. Menerangkan cara membersihkan diri setelah bermain;

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana ke dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan