SKIM LENCANA AHLI ILMU PERINTIS (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam ilmu perintis dengan mengenali pelbagai jenis tali, kaedah menggunakan simpulan dan ikatan dengan betul, membina pelbagai jenis model projek perintis seperti menara, pintu gerbang dan sebagainya.



Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengetahui ciri utama dalam pelbagai jenis dan ukuran tali yang diperbuat daripada serabut biasa.

  2. Menunjukkan bagaimana menggulung dan menjaga tali serta menguji keteguhannya;

  3. Boleh menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali;

  4. Mengerti serta menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage) untuk penerokaan yang boleh digunakan bagi pelbagai projek, tempat dan keadaan tanah yang gembur dan lembab;

  5. Menunjukkan kegunaan semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali yang digunakan dalam pelbagai penerokaan;

  6. Mengetuai patrolnya membina satu projek yang dipilih oleh penilai dengan jayanya;

  7. Dengan jayanya mengetui patrol membina projek yang direkanya sendiri dengan terlebih dahulu berbincang dengan penilai tentang rangka-rangka, model, cara membuatnya, alatan yang digunakan dan jangka masa bagi menyiapkan projek itu.



  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Gambar-gambar dan penerangan pelbagai jenis dan ukuran tali yang diperbuat daripada serabut biasa.
  4. Gambar-gambar dan penerangan bagaimana menggulung dan menjaga tali serta menguji keteguhannya;
  5. Cara-cara menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali;
  6. Gambar-gambar anda membina dan menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage);
  7. Semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali dari lencana Keahlian sehingga Lencana Maju, ikatan boleh dibuat dengan menggunakan tali parcel dan dilekatkan dalam buku log. Anda perlu menunjukkan sekurang-kurangnya 3 langkah untuk setiap ikatan;
  8. Gambar anda mengetuai patrol anda dalam membina satu projek yang dipilih oleh penilai dengan jayanya, sertakan laporan bertulis untuk projek anda;
  9. Sediakan laporan bagi projek perintis seperti berikut:
      1. Lakaran tentang rangka-rangka projek;
      2. Gambar model perintis;
      3. Cara membina projek;
      4. Senarai alatan yang digunakan; dan
      5. Jangka masa bagi menyiapkan projek tersebut.
  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  11. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan