LENCANA WAJIB AHLI BERKHEMAH (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya.


Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Telah berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam;

  2. Mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara (hike tent);

  3. Mengarah dengan jayanya kerja mendiri, meroboh dan menggulungkan sebuah khemah patrol;

  4. Mengetahui perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan;

  5. Mengetahui prinsip berkenaan dengan kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan;

  6. Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster;

  7. Menunjukkan cara menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gajet lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan;

  8. Memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sayur-sayuran; dan

  9. Mempunyai pengetahuan untuk mencapai darjah perkhemahan paling tinggi.


  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Laporan bergambar yang mengandungi jelas muka anda berkhemah dalam patrol sejumlah sekurang-kurangnya 12 malam;

  4. Gambar anda mendiri, meroboh dan menggulungkan khemah pengembara (hike tent);

  5. Nota berkenaan perkara mustahak yang perlu dipertimbangkan apabila memilih tempat untuk tapak perkhemahan;

  6. Nota prinsip berkenaan prinsip  kebersihan dan keselamatan dalam perkhemahan;

  7. Gambar anda sendiri menunjukkan cara menyimpan bahan makanan di khemah kuartermaster;

  8. Gambar anda sendiri menunjukkan cara menyimpan bahan makanan, dapur pelantar dan dua gajet lain yang dipilih sendiri dalam perkhemahan;

  9. Laporan dan gambar anda sendiri sedang memasak untuk 2 orang dewasa sama ada masakan panas untuk sarapan pagi atau satu hidangan biasa termasuk sayur-sayuran; dan

  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  11. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.


FOKUS TUGASAN (1)


Menyiapkan Buku Log

  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Anda sedang berkhemah bersama ahli patrol anda; dan
      2. Anda sedang memasak sardin tin dan menghidangkan untuk rakan anda.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian

  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan