LENCANA PENUNGGANG BASIKAL (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menunggang basikal dengan mengamalkan peraturan lalulitas dan keselamatan jalanraya, membaiki pelbagai jenis kerosakan pada basikal dan menjaga dengan baik.



Untuk lulus Lencana Penunggang Basikal seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian dengan mempunyai rekod selama 3 bulan seperti berikut:

  1. Mempunyai dan menggunakan dengan jayanya selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebuah basikal yang cukup lengkap dan keadaan baik;

  2. Memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub bocor, mengganti alat brek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan;

  3. Mengetahui peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya serta boleh membaca peta jalanraya;

  4. Mengambil bahagian dalam kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer; dan

  5. Mengulangi kata-kata satu berita yang diberi dengan secara lisan yang mesti disampaikan kepada pihak tertentu setelah menunggang basikal selama satu jam.


  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Gambar anda dan basikal anda serta gambar anda menunggang basikal dengan jayanya selama sekurang-kurangnya 6 bulan sebuah basikal yang cukup lengkap dan keadaan baik;

  4. Laporan dan gambar anda memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub bocor, mengganti alat brek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan;

  5. Menulis peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya;

  6. Mengambil bahagian dalam kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer.  Lakarkan peta perjalanan tersebut;

  7. Mencatat kata-kata satu berita yang diberi oleh dengan secara lisan yang mesti disampaikan kepada pihak tertentu setelah menunggang basikal selama satu jam; dan

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log

  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Menunggang basikal;
      2. Memberi isyarat tangan semasa berbasikal;
      3. Membaiki kebocoran tayar basikal; dan
      4. Membasuh basikal.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.



Catat Ulasan

0 Ulasan