LENCANA PENGHIBUR (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP KANAK-KANAK





Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah Menyanyi, Menari, Berjenaka, atau apa kaitan dengan menghiburkan boleh dijadikan sebagai tugasan dan perlu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta menghasilkan kegembiraan sedikit sebanyak tentang hiburannya. 


  1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik dari enam jenis muzik
    1. Lagu Kanak-kanak
    2. Lagu Asli
    3. Lagu Patriotik
    4. Lagu Tradisi Masyarakat
    5. Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia
    6. Lagu Pengakap
  2. Boleh menyanyi dua buah lagu dengan iringan muzik, sebuah lagu Patriotik dan satu lagi lagu Pengakap.
  3. Mengajar dua buah lagu untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
  4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional.
  5. Tahu menggunakan alat perakam.
  6. Boleh memainkan dua jenis alat muzik.
  7. Boleh bertindak sebagai Juru acara persembahan atau pertunjukan.



  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Menulis 3 lagu patriotik;

  4. Menulis 2 lagu Pengakap;

  5. Gambar sedang melakukan tarian tradisional;

  6. Gambar sedang memainkan 2 alat muzik;

  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  8. Setelah lulus lencana ini, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
      1. Menyanyi 3 buah lagu seperti yang tersenarai dalam skim lencana di atas sama ada dengan iringan muzik atau tidak.
      2. Memainkan 2 alat muzik.




FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan