LENCANA PENERBANG RC (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA UDARA




Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali penerbangan secara kawalan jauh (remote control) pesawat kawalan radio dengan mengendalikannya serta memahami kaedah penerbangan, pendaratan dan langkah-langkah keselamatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Usaha terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.


Untuk lulus Lencana ini  seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian seperti berikut:

  1. Memahami dan menerangkan aplikasi prinsip aerodinamik bagi pesawat RC;

  2. Menunjukkan cara-cara kawalan pesawat RC;

  3. Melakukan senarai semak sebelum serta selepas penerbangan serta mematuhi langkah-langkah keselamatan yang wajib semasa mengendalikan pesawat kawalan radio; dan

  4. Melakukan perlepasan, pusingan kanan dan kiri dengan penerbangan menuju dan menjauhi penerbang, climb, descend, figure-of-eight spiral dan pendaratan dengan pesawat kawalan radio.




  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Berpandukan kepada gambar rajah terangkan aplikasi prinsip aerodinamik bagi pesawat RC;

  4. Laporan bergambar anda menunjukkan cara-cara kawalan pesawat RC;

  5. Catatkan senarai semak sebelum serta selepas penerbangan serta mematuhi langkah-langkah keselamatan yang wajib semasa mengendalikan pesawat kawalan radio; dan

  6. Laporan bergambar anda melakukan perlepasan, pusingan kanan dan kiri dengan penerbangan menuju dan menjauhi penerbang, climb, descend, figure-of-eight spiral dan pendaratan dengan pesawat kawalan radio.

DOKUMENTASI VIDEO

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA

  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda


FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda, Video anda sedang:-
        1. Menerangkan aplikasi prinsip aerodinamik bagi pesawat RC.
        2. Menunjukkan cara-cara kawalan pesawat RC.


FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan