Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.
Untuk lulus Lencana ini seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian seperti berikut:
Mengenalpasti sekurang-kurangnya 10 jenis pesawat pelbagai jenis, sama ada awam atau tentera dan menyimpan catatan ringkas berserta gambar mengenainya.
Mengetahui apa yang dimaksudkan dengan fin flash dan roundel dan melukis sekurang-kurangnya 10 roundel dan fin flash pesawat tentera-tentera udara yang terdapat di dunia.
Mengetahui dan merekodkan awalan (prefix) pendaftaran pesawat awam dari sekurang-kurangnya 10 negara di dunia.
Membuat lawatan ke mana-mana pertunjukan udara atau muzium penerbangan.
Menulis satu rencana ringkas mengenai sebuah pesawat yang digemari dengan menyertakan butir-butir penting seperti sejarah, negara pembuat, penerbangan pertama, dan sebagainya.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
Dengan menggunakan gambar sekurang-kurangnya 10 jenis pesawat pelbagai jenis, sama ada awam atau tentera dan mmenulis catatan ringkas berserta gambar mengenainya.
Terangkan apa yang dimaksudkan dengan fin flash dan roundel dan melukis sekurang-kurangnya 10 roundel dan fin flash pesawat tentera-tentera udara yang terdapat di dunia.
Membuat laporan bergambar rekodkan awalan (prefix) pendaftaran pesawat awam dari sekurang-kurangnya 10 negara di dunia.
Laporan bergambar yang mengandungi gambar anda sedang melakukan lawatan ke mana-mana pertunjukan udara atau muzium penerbangan.
Tulis satu rencana ringkas mengenai sebuah pesawat yang digemari dengan menyertakan butir-butir penting seperti sejarah, negara pembuat, penerbangan pertama, dan sebagainya.
DOKUMENTASI VIDEO
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
SETELAH LULUS LENCANA
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
FOKUS TUGASAN (1)
- Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Mempersembahkan Buku Log
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian lisan
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian Praktikal
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda, sedang:-
- Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan fin flash dan roundel dan melukis sekurang-kurangnya 10 roundel dan fin flash pesawat tentera-tentera udara yang terdapat di dunia.
- Membuat lawatan ke mana-mana pertunjukan udara atau muzium penerbangan.
FOKUS TUGASAN (2)
- Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan