LENCANA PEKERJA AM (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP KANAK-KANAK



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya.

Pilih 5 sahaja daripada senarai di bawah:

  1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa;

  2. Menukar tayar basikal dengan tunjuk ajar orang dewasa;

  3. Menukar mentol basikal dan menegangkan rantai;

  4. Menunjukkan cara menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan tahu cara menyimpannya;

  5. Membuat satu alat permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan;

  6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak;

  7. Menjahit butang pada baju atau seluar atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna;

  8. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan sekeliling rumah;

  9. Menunjukkan cara bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat serta bagaimana mencuci berus cat setelah digunakan;

  10. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan; atau

  11. Menyusun atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan / stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.





  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Laporan bergambar anda sedang mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa;

  4. Laporan bergambar anda sedang menjahit butang pada baju atau seluar atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna;

  5. Laporan bergambar anda sedang mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan sekeliling rumah;

  6. Laporan bergambar anda sedang membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan;

  7. Laporan bergambar anda sedang menyusun atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan / stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak; dan

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  9. Setelah lulud lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
        1. Anda mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa; dan
        2. Anda menjahit butang pada baju atau seluar atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna.




FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan