LENCANA OPERATOR RADIO (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA UDARA




Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui pengetahuan dan memberikan perkhidmatan dalam mengendalikan perhubungan radio dengan mengetahui mengenai panggilan mustahak (urgency call), kecemasan dan dapat menerangkan bahagian kawalan trafik dan fungsinya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian, Lencana Usaha, Lencana Ahli Udara Kelas II dan Lencana Maju serta dua Lencana Kepandaian Kategori Kegemaran Udara dan satu Lencana Kepandaian Kategori Pengetahuan Udara terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.


Untuk lulus Lencana ini  seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian seperti berikut:

  1. Mengetahui dan menerangkan secara am bagaimana gelombang radio bergerak.

  2. Menerangkan julat jalur VHF dan HF.

  3. Mengetahui mengenai Panggilan Mustahak (Urgency Call) dan Panggilan Kecemasan (Distress Call) dan menunjukkan cara-cara membuat panggilan.

  4. Menjelaskan frekuensi-frekuensi kecemasan.

  5. Menerangkan bahagian-bahagian kawalan trafik udara dan fungsi-fungsinya, serta menyimpan catatan frekuensi-frekuensi berkenaan.




  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Dengan bantuan gambar rajah terangkan secara am bagaimana gelombang radio bergerak.

  4. Dengan bantuan gambar rajah terangkan julat jalur VHF dan HF.

  5. Terangkan mengenai Panggilan Mustahak (Urgency Call) dan Panggilan Kecemasan (Distress Call) dan menunjukkan cara-cara membuat panggilan.

  6. Terangkan mengenai frekuensi-frekuensi kecemasan.

  7. Terangkan mengenai bahagian-bahagian kawalan trafik udara dan fungsi-fungsinya, serta menyimpan catatan frekuensi-frekuensi berkenaan.

DOKUMENTASI VIDEO

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA

  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda sedang:-
          1. Menerangkan secara am bagaimana gelombang radio bergerak.
          2. Menerangkan mengenai Panggilan Mustahak (Urgency Call) dan Panggilan Kecemasan (Distress Call) dan menunjukkan cara-cara membuat panggilan.


FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan