LENCANA AHLI RENANG (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali dan pengetahuan dalam berenang, memahami langkah-langkah keselamatan di air, menunjukkan pelabagai kemahiran renang seperti kuak lentang, gaya bebas dan sebagainya.


Untuk lulus Lencana Ahli Renang seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:
    1. Berenang sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau gaya;
    2. Berenang dengan 2 cara yang dipilih seperti berikut:-
    3. Berenang menyelinap ke hadaan sejauh 50 meter;
    4. Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter;
    5. Berenang katak sejauh 50 meter; atau
    6. Berenang kupu-kupu sejauh 50 meter.
    7. Terjun ke permukaan air;
    8. Berenang di air cetek sejauh 25 meter;
    9. Berenang sejauh 25 meter menuju ke arah orang yang lemas dan menyelamatkan dengan menunjukkan cara pemulihan pernafasan; dan
    10. Menyelam ke dalam air sedalam 2 meter.

    1. Maklumat diri
    2. 8-10 orang ahli patrolnya
    3. Gambar anda sedang berenang sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau gaya;
    4. Gambar anda sedang berenang dengan 2 cara yang dipilih seperti berikut:-
    5. Berenang menyelinap ke hadaan sejauh 50 meter;
    6. Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter;
    7. Berenang katak sejauh 50 meter; atau
    8. Berenang kupu-kupu sejauh 50 meter.
    9. Gambar anda sedang melakukan terjunan ke permukaan air;
    10. Gambar anda sedang berenang di air cetek sejauh 25 meter;
    11. Gambar anda sedang berenang sejauh 25 meter menuju ke arah orang yang lemas dan menyelamatkan dengan menunjukkan cara pemulihan pernafasan; dan
    12. Gambar anda sedang menyelam ke dalam air sedalam 2 meter
    13. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
    14. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.


FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Anda sedang berenang sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau gaya;
          1. Berenang dengan 2 cara yang dipilih seperti berikut:-
          2. Berenang menyelinap ke hadaan sejauh 50 meter;
          3. Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter;
          4. Berenang katak sejauh 50 meter; atau
          5. Berenang kupu-kupu sejauh 50 meter.
      2. Anda sedang melakukan terjunan ke permukaan air
      3. Anda sedang berenang di air cetek sejauh 25 meter;
      4. Anda sedang menyelamat mangsa lemas; dan
      5. Anda sedang menyelam ke dalam air sedalam 2 meter.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian

  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan