LENCANA PENCINTA ALAM SEMULAJADI (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK

 


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, menutip sampah di tepi pantai dan sebagainya.



Pilih 3 sahaja daripada senarai di bawah:

  1. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan:
      1. Tumbuh-tumbuhan (paku pakis / rumput rampai / pokok tanaman); atau
      2. Kehidupan seperti burung / rama-rama / serangga; atau
      3. Jenis batu fosil atau batu lontar; atau
      4. Kawan dan musuh tanaman di kebun.
  2. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurangnya tiga bulan dan menyimpan catatan mengenainya;
  3. Mengambil bahagian dalam satu projek bersama Sekawan sendiri atau bersama Pengakap Muda seperti berikut:
      1. Membersihkan tempat perkhelahan / tepi jalan / tepian pantai / tepian tasik; atau
      2. Menanam pokok rimbun atau pokok hiasan sama ada di kawasan tempat tinggal atau di sekolahnya; atau
      3. Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun belakang rumah atau sekolah.
  4. Membuat carta cuaca selama satu bulan dalam buku log;
  5. Membuat buku skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.



  1. Maklumat diri
  2. Ahli 6 Sekawan                                    
  3. Catatan ringkas harian bergambar sekurang-kurangnya tiga bulan berkenaan;
      1. Tumbuh-tumbuhan (paku pakis / rumput rampai / pokok tanaman); atau
      2. Kehidupan seperti burung / rama-rama / serangga; atau
      3. Jenis batu fosil atau batu lontar; atau
      4. Kawan dan musuh tanaman di kebun; atau
  4. Binatang belaan dan ternakan.
  5. Laporan bergambar penglibatan anda dalam aktiviti seperti berikut;
      1. Membersihkan tempat perkhelahan / tepi jalan / tepian pantai / tepian tasik; atau
      2. Menanam pokok rimbun atau pokok hiasan sama ada di kawasan tempat tinggal atau di sekolahnya; atau
      3. Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun belakang rumah atau sekolah.
      4. Carta cuaca selama sebulan atau menyediakan buku skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar;
  6. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  7. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
        1. Membersihkan tempat perkhelahan / tepi jalan / tepian pantai / tepian tasik; 
        2. Membuat buku skrap berkenaan pencemaran alam sekitar; dan
        3. Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun belakang rumah atau sekolah.




FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan