LENCANA AHLI KOMUNITI (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan bersama ahli masyararakat di pelbagai peringkat seperti majlis gotong-royong, aktiviti kemahiran bersama OKU, mengenali fungsi Jabatan Polis dalam sebuah komuniti.

Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap Muda perlu lulus SEMUA syarat yang terkandung dalam SATU Bahagian sahaja:

BAHAGIAN A

  1. Mengkaji perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi dan sosial) dengan menggunakan sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan perpustakaan awam dan sebagainya. Membincang dengan Majlis Ketua Patrol bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut dapat membantu menunaikan keperluan masyarakat.
  2. Menjalankan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan selepas mengemukakan syor kepada Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap. Kajian tersebut perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji adalah orang dewasa, kanak-kanak, orang cacat, yatim piatu dan penganggur.
  3. Mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat selama sekurang-kurangnya 2 bulan dan menerangkan kepada Penilai segala pengalaman yang dialami semasa menjalankan aktiviti berkenaan.

BAHAGIAN B

  1. Mengetahui 3 perkara tentang kelemahan yang terdapat pada orang cacat mengenai perkara yang berikut:-
      1. Deria;
      2. Intelek;
      3. Sistem saraf;
      4. Paru-paru dan jantung;
      5. Perkembangan fizikal; atau
      6. Tahap bahasa.
  2. Menunjukkan kesedaran dan menerangkan 4 cara membantu orang cacat dalam kehidupan seharian;
  3. Menyenaraikan agensi dan penganjur yang memberi perkhidmatan kepada orang cacat. (termasuk perkhidmatan sosial);
  4. Berhubung giat dengan orang cacat dalam tempon 3 bulan;
  5. Menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian kecacatan misalnya;
      1. Bahasa isyarat untuk orang pekak;
      2. Braile untuk orang buta;
      3. Pengurusan dan penjagaan kerusi roda; dan
      4. Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat/mengusung)
  6. Menyiapkan satu daripada perkara berikut:-
      1. Merakamkan sebuah cerpen atau sajak untuk orang buta.
      2. Mengkaji berkenaan bangunan awam di bandar.
      3. Menemani seorang orang buta untuk membeli-belah atau bersiar-siar.

BAHAGIAN C

  1. Melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai
      1. Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat.
      2. Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
      3. Mengetahui jenis perhubungan (seperti radio dan 'walkie-talkie'), sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
      4. Tugas anggota polis amnya dan pembenterasan jenayah khasnya.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya

SEKIRANYA BAHAGIAN A DIPILIH

  1. Laporan dan mengandungi gambar anda sedang membuat kajian berkenaan perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi dan sosial) dengan menggunakan sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan perpustakaan awam dan sebagainya. Membincang dengan Majlis Ketua Patrol bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut dapat membantu menunaikan keperluan masyarakat.
  2. Laporan dan mengandungi gambar anda sedang membuat kajian berkenaan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan selepas mengemukakan syor kepada Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap. Kajian tersebut perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji adalah orang dewasa, kanak-kanak, orang cacat, yatim piatu dan penganggur.
  3. Laporan dan mengandungi gambar anda sedang mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat selama sekurang-kurangnya 2 bulan dan menerangkan kepada Penilai segala pengalaman yang dialami semasa menjalankan aktiviti berkenaan.

SEKIRANYA BAHAGIAN B DIPILIH

  1. Laporan dan mengandungi gambar anda menunjukkan 3 perkara tentang kelemahan yang terdapat pada orang cacat mengenai perkara yang berikut:-
      1. Deria;
      2. Intelek;
      3. Sistem saraf;
      4. Paru-paru dan jantung;
      5. Perkembangan fizikal; atau
      6. Tahap bahasa.
  2. Laporan dan mengandungi gambar anda menunjukkan kesedaran dan terangkan 4 cara membantu orang cacat dalam kehidupan seharian;
  3. Menyenaraikan agensi dan penganjur yang memberi perkhidmatan kepada orang cacat. (termasuk perkhidmatan sosial);
  4. Laporan anda berhubung giat dengan orang cacat dalam tempon 3 bulan;
  5. Laporan dan mengandungi gambar anda menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian kecacatan misalnya;
      1. Bahasa isyarat untuk orang pekak;
      2. Braile untuk orang buta;
      3. Pengurusan dan penjagaan kerusi roda; dan
      4. Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat/mengusung)
  6. Tuliskan satu daripada perkara berikut:-
      1. Merakamkan sebuah cerpen atau sajak untuk orang buta.
      2. Mengkaji berkenaan bangunan awam di bandar.
      3. Menemani seorang orang buta untuk membeli-belah atau bersiar-siar.

BAHAGIAN C

  1. Laporan dan gambar anda melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai:
      1. Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat.
      2. Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
      3. Mengetahui jenis perhubungan (seperti radio dan 'walkie-talkie'), sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
      4. Tugas anggota polis amnya dan pembenterasan jenayah khasnya.

DOKUMENTASI VIDEO
  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA
  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.

FOKUS TUGASAN (1)


Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
      1. Anda sedang mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat; ATAU
      2. Menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian kecacatan misalnya;
          1. Bahasa isyarat untuk orang pekak;
          2. Braile untuk orang buta;
          3. Pengurusan dan penjagaan kerusi roda; dan
          4. Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat/mengusung);
           ATAU
      1. Melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai
          1. Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat.
          2. Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
          3. Mengetahui jenis perhubungan (seperti radio dan 'walkie-talkie'), sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
          4. Tugas anggota polis amnya dan pembenterasan jenayah khasnya.

FOKUS TUGASAN (2)


Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan