SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP NEGERI SELANGOR

Pengakap Selangor

Sejarah Pergerakan Pengakap Negeri Selangor turut meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sempena penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Pengakap Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan rasminya menjadi dua entiti yang berasingan dan berbeza mulai 27 Februari 1983. Upacara pengisytiharan telah diadakan di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Pengakap Selangor

Bermula dari tahun 1933, pentadbiran Pengakap Selangor telah bertapak di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Jalan Lumpur. Kem ini lebih dikenali dengan nama ‘Castle Camp’ kerana bentuk bangunannya menyerupai sebuah ‘castle’ dan bangunan lama di England. Kem ini merupakan bekas tapak projek hospital yang telah dibatalkan. Pada tahun 1933 pihak Kerajaan telah menghadiahkan kepada Pergerakan Pengakap Selangor untuk latihan Kepengakapan.
Pengakap Selangor


Pada tahun 1934, ahli-ahli Pengakap telah berusaha keras mengindahkan bangunan Kem Kotaraya yang terbengkalai bagi meraikan lawatan Lord Baden-Powell ke Tanah Melayu. Lawatan Lord Baden-Powell, pengasas Pergerakan Pengakap telah mencatatkan beberapa detik sejarah penting kem tersebut.

Lord Baden-Powell telah meninggalkan kesan tapak kaki dan juga kasut beliau di kem tersebut (Tapak kaki tersebut kini berada di Galeri Pengakap Rumah B-P Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur). 


Pengakap Selangor

Beliau dan ahli rombongannya yang terdiri daripada Lord Rowallan, Ketua Pengakap Dunia & mantan Ketua Pengakap Komanwel serta Sir Charles Maclean yang juga mantan Ketua Pengakap Komanwel telah menanam pokok di sekitar kem tersebut.

Pergerakan Pengakap  di Malaysia tidak dapat melupakan jasa bakti seorang pegawai perkhidmatan pendidikan Inggeris bernama Frank C.Sands, MBE, FRAS yang terlibat dengan Pergerakan Pengakap di England, Malaya dan Singapura selama 38 tahun bermula dari tahun 1908 hingga 1948. Beliau telah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap untuk cawangan Malaya dalam tempoh tersebut. Beliau memulakan Pergerakan Pengakap di Singapura pada tahun 1910 dengan dua kumpulan terdiri daripada 30 orang ahli Pengakap. Pada tahun 1910 adalah satu detik penting sebagai tanda berkembangnya Pergerakan Pengakap di Malaysia.

Pengakap Selangor


Pergerakan Pengakap mula diperkenalkan di Selangor pada tahun 1909 dengan tertubuhnya satu kumpulan Pengakap di Sekolah Victoria, Kuala Lumpur pada 15 Mac 1909 dan diikuti dengan penubuhan Pengakap di Sekolah St. John dan Sekolah Methodist, Kuala Lumpur tetapi kumpulan Pengakap di dua sekolah ini kurang cergas dan dibubarkan pada tahun 1913. Pembubaran kumpulan Pengakap ini menyaksikan perjalanan Pengakap begitu malap sehingga tahun 1926.

Pengakap Selangor

Pengakap Selangor

Pada bulan Mei 1926, Pesekutuan Tempatan (Local Assosiation) Selangor telah ditubuhkan yang tarafnya adalah sama dengan Majlis Pengakap Negeri pada hari ini. Encik J.R.Kellam telah dilantik sebagai Persuruhjaya Daerah (jawatan Pesuruhjaya Daerah pada masa itu adalah setaraf dengan jawatan Persuruhjaya Negeri hari ini) dan Encik Ameen Akbar dilantik sebagai Penolong Persuruhjaya Daerah. Encik Ameen Akbar telah menubuhkan bahagian Pengakap Kelana (Rover) pada tahun 1926. Pergerakan Pengakap semakin berkembang melalui usaha gigih Encik Ameen Akbar yang memperkenalkannya di sekolah-sekolah Melayu sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1925 dan diikuti oleh sekolah-sekolah Melayu di luar Kuala Lumpur kemudiannya. Pergerakan Pengakap turut berkembang ke sekolah-sekolah aliran Cina dan aliran Tamil di Selangor.

Pengakap Selangor

Pengakap Selangor
Dua tokoh penting yang membawa Pergerakan Pengakap ke sekolah-sekolah Melayu ialah Encik Ameen Akbar dari Selangor dan Encik S.M Zainal Abidin dari Pulau Pinang. Mengikut pendapat F.C Sands, Encik Ameen Akbar adalah tunggak utama Pergerakan Pengakap di Selangor pada masa itu. Encik Ameen Akbar dan Encik S.M Zainal Abidin berusaha keras memberi latihan kepada guru-guru Melayu. Beberapa buku Pengakap telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh Encik S.M Zainal Abidin. Usaha menterjemahkan buku-buku Pengakap ini banyak membantu meningkatkan lagi perkembangan Pergerakan Pengakap di sekolah-sekolah Melayu.


Pengakap Selangor

Di antara tokoh-tokoh lama yang telah banyak menyumbangkan tenaga kepada Pergerakan Pengakap di Selangor termasuklah Encik Marcus Dukes, Encik Westrop, Encik Burton, Encik Lancaster dan Kapten Headlam yang kesemuanya pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Daerah Selangor sebelum perang dunia kedua dan diikuti oleh Encik G.D Muir selepas perang. Anak-anak tempatan juga tidak kurang juga ketokohan mereka dalam memajukan Pergerakan Pengakap di Selangor. Antaranya ialah Encik Ameen Akbar, Encik Yusof Ahmad, Kapten Mohamad Ali yang merupakan anak tempatan pertama menjadi Pesuruhjaya Negeri Selangor.



Selepas Kapten Mohamad Ali, jawatan Pesuruhjaya Negeri Selangor disandang oleh Encik Ng Khiew Tin, Encik Victor, Encik Phang Piang Pah, Encik Ibrahim bin Samad, Tuan Haji Zainuddin bin Jantan, Tuan Haji Karim bin Ahmad, Tuan Haji Akasah bin Haji Taib, Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid dan yang terkini Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail.


Pengakap Selangor
Barisan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri bagi Penggal 2020-2021





Perkembangan Pergerakan Pengakap ke daerah-daerah dalam negeri Selangor turut lancar dengan penubuhan Pergerakan Pengakap Daerah seperti berikut:


1945 - PPM Daerah Sabak Bernam
1947 - PPM Daerah Kajang
1948 - PPM Daerah Kepong
1950 - PPM Daerah Klang
1951 - PPM Daerah Banting
1954 - PPM Daerah Petaling
1959 - PPM Daerah Hulu Langat
1960 - PPM Daerah Rawang
1961 - PPM Daerah Hulu Langat
1961 - PPM Daerah Hulu Selangor
1963 - PPM Daerah Sepang
1963 - PPM Daerah Kuala Selangor
1966 - PPM Daerah Sungai Besar
1974 - PPM Daerah Tanjong Karang
1974 - PPM Daerah Gombak
1975 - PPM Daerah Pelabuhan Klang
2009 - PPM Daerah Putrajaya
2010 - PPM Daerah Kapar

Mulai tahun 2020 setelah berlaku proses penggabung daerah, penjenamaan dan persempadanan semula daerah, hanya 13 PPM Daerah dalam Negeri Selangor yang masih wujud dan kekal sehingga kini. Berikut adalah 13 daerah yang di dalam PPM Negeri Selangor:

1.   PPM Daerah Sabak Bernam
2.   PPM Daerah Kajang
3.   PPM Daerah Klang (gabungan PPM Daerah Klang, Kapar dan Pelabuhan Klang)
4.   PPM Daerah Kuala Langat (dahulunya dikenali dengan nama PPM Daerah Banting)
5.   PPM Daerah Petaling
6.   PPM Daerah Hulu Langat
7.   PPM Daerah Hulu Selangor (gabungan PPM Daerah Rawang dan Hulu Selangor)
8.   PPM Daerah Sepang
9.   PPM Daerah Kuala Selangor
10. PPM Daerah Sungai Besar
11. PPM Daerah Tanjong Karang
12. PPM Daerah Gombak
13. PPM Daerah Putrajaya


Pengakap Selangor
Barisan Pesuruhjaya Pengakap Daerah bagi Penggal 2020-2021


Satu lagi mercu tanda Pergerakan Pengakap Selangor ialah pengurniaan Kem Temasya Rimba Templer, Rawang oleh Kerajaan Selangor untuk ahli-ahli Pengakap Selangor pada tahun 1987 bagi meningkatkan prestasi dan aspirasi agenda pembangunan Pergerakan Pengakap Negeri Selangor Darul Ehsan dan status terkini Kem Temasya Rimba Templer adalah di bawah Yayasan Selangor dan hanya kawasan seluas 2 ekar ditadbir oleh PPM Selangor. 


Kini Pergerakan Pengakap Selangor beribu pejabat di Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort. Lot 1407, KM27 Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor. 


SUMBER LAIN

15 Mac 1909 ... Pergerakan Pengakap mula bertapak di Tanah Melayu di Victoria Institution Kuala Lumpur, Percubaan pertama ini adalah hasil kegigihan Encik Bennett Eyre Shaw.Seorang Guru Besar di sekolah tersebut.

Tahun 1910 ... Pergerakan yang bertapak di Victoria Institution itu dikenali sebagai kumpulan Pertama Pengakap Selangor dengan keahlian sebanyak 3 Patrol.Kemudianya diikuti oleh Sekolah St. John dan Sekolah Methodist, namun begitu awal

Awal 1913 ... Pengakap kedua-kedua buah sekolah tersebut ditutup.

Awal 1918 ... Encik H.C. Chan menubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-Kanak ( Cubs ) Pertama di Victoria dengan Encik E.S. Redfern sebagai Scout Master .

Mei 1926 ... Persekutuan Pengakap Tempatan Selangor telah ditubuhkan dengan Encik R.J. Kellam dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah (Pesuruhjaya Daerah adalah Pesuruhjaya Negeri pada masa itu) dan Encik Ameen Akhbar sebagai Penolongnya...

Awal 1925 ... Pergerakan Pengakap diwujudkan di Sekolah-sekolah Melayu,hasil usaha Encik Ameen Akhbar.

Awal 1926 ... Beberapa orang Guru Melayu, selaku bakal Pemimpin Pengakap seperti Encik Mohd Yusof Ahmad (bekas Ketua Pesuruhjaya Negara) telah dihantar ke Kem Purdy di Singapura untuk menjalani latihan bersama Encik Zainal Abidin dan Encik Ameen Akhbar.

Tahun 1927 ... Kumpulan Pengakap Pertama untuk Sekolah Melayu ditubuhkan di Batu Road Boys School. (SK Jalan Batu Kuala Lumpur ) oleh Encik Liew Gaik See dan Encik Abdul Latiff Haji Mohd Hashim dengan 40 orang Pengakap Kanak-Kanak dengan nama Kumpulan ke 4 Kuala Lumpur.

Tahun 1933 ... Encik Phang Piang Pah merupakan Scout Master yang telah membuka Pengakap Udara yang berpusat di SM Methodist Kuala Lumpur pada tahun 1933 . Kini, Kumpulan ini dikenali sebagai 10th Air Scout Group Bukit Bintang.

Sumber  Gambar daripada : Loh Kok Kin ( A History of Scouting in the V.I )





Catat Ulasan

1 Ulasan