LATIHAN ULANG KAJI LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP REMAJA

Pengakap Selangor




Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.

Lencana ini dipakai pada lengan kiri kemeja (uniform Pengakap) di tempat yang kedua.



Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap Remaja itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
  2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:-
    1. Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)
    2. Simpul Raga (Carrick Bend)
    3. Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
    4. Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
    5. Simpul Serban (Turk's Head)
    6. Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
    7. Sambat Pendek (Short Splice)
    8. Ikatan Seraya Jepun (Japanese Lashing)
    9. Ikatan Serong Filipina (Filipino Lashing)
    10. Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)
  3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
    1. '3-2-1'
    2. 'log dan picket'
    3. 'dead-man'
  4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
  5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
  6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
  7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.
  8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
  9. Membuat SATU model projek perintis.
  10. Lakukan 1 yang berikut : -
    1. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
    2. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
            ATAU
    1. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan, sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter
    2. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
      1. melalui titi goyang.
      2. melalui titi komando.
      3. melalui titi pacak.
      4. bergayut tali.
      5. bergayut monyet.
      6. merangkak 'deadman's crawl'.
      7. menyusupi halangan tayar.
      8. merangkak bawah jaring.
      9. melalui terowong.
      10. memanjat tali.
      11. memanjat pokok.
      12. memanjat tangga.
      13. memanjat tembok.
      14. memanjat batang pokok.
    3. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)


  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang melakukan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, 
  4. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang melakukan kawad tongkat
  5. Gambar anda dan laporan bertulis, anda menunjukkan cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
  6. Dengan menggunakan tali parcel tunjukan langkah demi langkah cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:-
    1. Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)
    2. Simpul Raga (Carrick Bend)
    3. Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
    4. Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
    5. Simpul Serban (Turk's Head)
    6. Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
    7. Sambat Pendek (Short Splice)
    8. Ikatan Seraya Jepun (Japanese Lashing)
    9. Ikatan Serong Filipina (Filipino Lashing)
    10. Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)
  7. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
    1. '3-2-1'
    2. 'log dan picket'
    3. 'dead-man'
  8. Gambar anda dan laporan bertulis anda dan patrol anda sedang membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
  9. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
  10. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang mempraktikkan ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya;
  11. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang membuat perangkap yang mudah;
  12. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
  13. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang memehatikan 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.
  14. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang mempraktikkan cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
  15. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang SATU model projek perintis, laporan adalah termasuk pelan, jenis-jenis ikatan yang digunakan dan laporan sepanjang membina projek tersebut.
  16. Lakukan 1 yang berikut : -
    1. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang berenang 50 meter berpakaian lengkap
    2. Gambar anda dan laporan bertulis anda melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
                ATAU
    1. Gambar anda dan laporan bertulis anda melakukan Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan, sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter
    2. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
      1. melalui titi goyang.
      2. melalui titi komando.
      3. melalui titi pacak.
      4. bergayut tali.
      5. bergayut monyet.
      6. merangkak 'deadman's crawl'.
      7. menyusupi halangan tayar.
      8. merangkak bawah jaring.
      9. melalui terowong.
      10. memanjat tali.
      11. memanjat pokok.
      12. memanjat tangga.
      13. memanjat tembok.
      14. memanjat batang pokok.
    3. Gambar anda dan laporan bertulis anda sedang menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam) dengan menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi.
  17. Anda juga boleh menyediakan laporan dalam bentuk video. tulis alamat pautan video tersebut dan boleh diakses.
  18. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan