KURSUS KETUA PATROL DAN KETUA 6 SEKAWAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2020

BESTARI JAYA, 1 Mac 2020 - Seramai 911 orang ahli pengakap telah menyertai Kursus Ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Bestari Jaya.
Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 28 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020 dengan penyertaan ahli Pengakap Unit Kanak seramai 530 orang , Pengakap Muda seramai 228 orang dan Pengakap Remaja seramai 153 orang dari seluruh daerah Negeri Selangor.

Pengakap Selangor

Tuan Haji Adzhar Bin Alias, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor telah merasmikan majlis perasmian penutup kursus ini tidak menjangkakan penglibatan dari ahli pengakap yang luar biasa. Semua ahli pengakap yang menghadiri kursus ini lulus dengan jayannya.
Dalam majlis ini, Tuan Haji Adzhar telah menyampaikan beberapa sijil pencapaian kepada ahli pengakap yang cemerlang dalam beberapa aktiviti antaranya adalah
Aktiviti : Ice Breaking (Fire Hunter) - Emas
1) Aziman Zaquan Bin Zaiman (PPMD Gombak)
2) Adam Fareez Bin Mohd Yusri (PPMD Gombak)
3) Muhammad Adib Bin Mulyadi (PPMD Petaling)
Aktiviti : Leader Warrior - Emas
Pengakap Remaja
1) Nor Nazli Shah Bin Nor Azam Shah (PPMD Gombak)
2) Nor Anisa Sofea Binti Zamri (PPMD Sungai Besar)
Pengakap Muda
1) Amirul Azim Bin Baseri (PPMD Petaling)
2) Nor Syasya Liyana Binti Saiful Affendi (PPMD Kuala Selangor)
Pengakap Kanak-Kanak
1) Muhammad Izzul Bin Syafie (PPMD Gombak)
2) Iffah Binti Shahrul Nizam (PPMD Kajang)

Pengakap Selangor

Aktiviti : Malam Kebudayaan
Pengakap Kanak-Kanak
1) Pencapaian Emas - PPMD Gombak
2) Pencapaian Perak - PPMD Sepang
3) Pencapaian Gangsa - PPMD Sungai Besar
Pengakap Muda & Pengakap Remaja
1) Pencapaian Emas - PPMD Gombak
2) Pencapaian Perak - PPMD Sungai Besar
3) Pencapaian Gangsa - PPMD Petaling
Pencapaian Keseluruhan Terbaik : PPMD Gombak

Pengakap Selangor

Turut hadir, Tuan Haji Iszamli Bin Jailani, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor (Program) dan Tuan Mohd Safuan Bin Mohd Yusuf, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Selangor (Teknologi Maklumat)
Jom ikuti media sosial rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Selangor untuk perkembangan terkini.

Facebook Page: Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor
https://www.facebook.com/PengakapSelangor/
Instagram: PPM Negeri Selangor
https://instagram.com/ppmnegeriselangor

Catat Ulasan

0 Ulasan