MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI SELANGOR SESI 2020-2021

KAJANG, 5 Januari 2020 - Seramai 38 individu pelbagai latar belakang menerima sijil pelantikan dalam Majlis Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Negeri Selangor 2020-2021 telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, hari ini.


Pengakap Selangor
Ketua Pesuruhjaya Negeri, Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya  Negeri dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri






Surat cara pelantikan telah disampaikan oleh Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.


Pengakap Selangor
Ketua Pesuruhjaya Negeri dan barisan Pesuruhjaya Daerah

















Mendahului penerima lantikan, Tuan Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor diikuti pelantikan 7 orang Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, 13 orang Pesuruhjaya Daerah dan 19 orang Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri.

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor Bil. 1/2020 turut diadakan setelah selesai majlis pelantikan tersebut.
Pengakap Selangor


Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail menyampaikan beberapa amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara kepada semua ahli mesyuarat untuk meneruskan aktiviti kepengakapan berdasarkan World Organization of the Scout Movement (WOSM).
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Tuan Haji Surimin bin Giman, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Selangor, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Selangor.


Pengakap Selangor


Pengakap Selangor

Jom ikuti media sosial rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor untuk perkembangan terkini.
Facebook Page: Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor 

Catat Ulasan

0 Ulasan